Motto

Wednesday, 3 August 2016

Pengurusan Kelab SPBT

       Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT Sekolah. Membimbing pelaksanaan aktiviti kelab SPBT sekolah.Aktiviti kelab berjalan lancar mengikut perancangan dan ahli kelab telah mendapat kemahiran membaikpulih buku rosak.

Lukisan mural - Moto SPBT

Rak buku yang telah dihias. 


Ruang dalam BOSS yang telah dikemaskini. 

Wednesday, 22 June 2016

Klinik SPBT (I Love My Books) PART II

       Klinik buku telah berjaya dilaksanakan pada waktu rehat setiap hari Rabu. Kebanyakan murid yang datang untuk membaikpulih buku adalah dalam kalangan murid Tahap 1. Pada tahun 2016 didapati murid kurang menghantar buku untuk dibaikpulih. Ini menunjukkan sikap murid yang mula menjaga buku teks mereka.

       Beberapa papan tanda nama tanaman telah diletakkan untuk menambah pengetahuan murid mengenai tanaman tersebut. Melaksanakan aktiviti yang dapat membentuk rasa sayang pada buku teks SPBT dengan membaikpulih buku teks.

Objektif Program / Aktiviti :

1) Mengurangkan jumlah buku yang rosak dan menjadikan buku tahan lebih lama. 

2) Memberi peluang kepada pengawas SPBT untuk memberi khidmat membaikpulih buku.


Pengawas-pengawas SPBT sedang membaikpulih buku sambil dibantu oleh Cik Mahfudzoh, guru SPBT. 

Murid-murid sedang menunggu buku mereka.

Wednesday, 8 June 2016

Aktiviti Kelab: Membaikpulih buku (I Love My Books) PART II

       Ahli-ahli kelab mempelajari cara membaikpulih buku dari guru penasihat. Ahli-ahli kelab juga turut menjalankan aktiviti membaikpulih buku semasa waktu rehat melalui Klinik Buku yang diadakan pada hari Rabu. Kebanyakan murid yang datang untuk membaikpulih buku adalah dalam kalangan murid Tahap 1.

Objektif Program / Aktiviti :

1) Mengurangkan jumlah buku yang rosak dan menjadikan buku tahan lebih lama. 

2) Memberi peluang kepada pengawas SPBT untuk mahir membaikpulih buku.

Ustaz Zawawi juga turut membantu dalam aktiviti yang dijalankan.

Ahli kelab sedang membaikpulih buku rosak di bilik operasi SPBT.

Ahli kelab dibimbing oleh guru penasihat, CIk Mahfudzoh. 

Thursday, 5 May 2016

Aktiviti Kelab: Membuat buku Rekod Kesalahan SPBT

    Ahli-ahli kelab telah membuat buku Rekod Kesalahan SPBT dengan bimbingan guru. Buku Rekod Kesalahan disediakan bagi setiap kelas bagi mencatat nama murid yang melanggar peraturan SPBT.

    Buku Rekod Kesalahan SPBT telah berjaya disiapkan. Ahli-ahli kelab juga diterangkan fungsi buku Rekod Kesalahan diletakkan di dalam kelas.

Buku rekod yang telah disiapkan.

Wednesday, 13 April 2016

Aktiviti Kelab: Membuat penanda buku

     Ahli-ahli kelab telah memberi kerjasama dan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Penanda-penanda buku tersebut akan dijual kepada murid-murid lain untuk mengisi tabung unit SPBT.


     Ahli kelab juga membuat origami penanda buku untuk dijual kepada murid lain. Lebih kurang 20 keping penanda buku telah berjaya dihasilkan. 


Ahli kelab sedang membuat penanda buku sambil dibantu oleh guru penasihat.

 Beberapa keping penanda buku yang telah disiapkan.