Motto

Wednesday, 22 June 2016

Klinik SPBT (I Love My Books) PART II

       Klinik buku telah berjaya dilaksanakan pada waktu rehat setiap hari Rabu. Kebanyakan murid yang datang untuk membaikpulih buku adalah dalam kalangan murid Tahap 1. Pada tahun 2016 didapati murid kurang menghantar buku untuk dibaikpulih. Ini menunjukkan sikap murid yang mula menjaga buku teks mereka.

       Beberapa papan tanda nama tanaman telah diletakkan untuk menambah pengetahuan murid mengenai tanaman tersebut. Melaksanakan aktiviti yang dapat membentuk rasa sayang pada buku teks SPBT dengan membaikpulih buku teks.

Objektif Program / Aktiviti :

1) Mengurangkan jumlah buku yang rosak dan menjadikan buku tahan lebih lama. 

2) Memberi peluang kepada pengawas SPBT untuk memberi khidmat membaikpulih buku.


Pengawas-pengawas SPBT sedang membaikpulih buku sambil dibantu oleh Cik Mahfudzoh, guru SPBT. 

Murid-murid sedang menunggu buku mereka.