Motto

Wednesday, 9 November 2016

Memproses buku baru buku cetakan semula dan buku terbitan baru

       Memproses buku cetakan semula (BCS) dan buku terbitan baru mengikut prosedur yang ditetapkan BBT oleh Jawatankuasa SPBT dengan bantuan pengawas SPBT. Buku cetakan semula telah dapat diproses kerana telah diterima lebih awal. Buku terbitan baru bagi Tahun 1 akan diproses semasa cuti sekolah kerana buku-buku tersebut diterima semasa cuti sekolah.Buku teks Tahun 1 akan diedarkan pada hari pendaftaran Tahun 1/2017.


Dua orang pengawas SPBt sedang memproses buku cetakan semula di Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS). 

Pengawas SPBT mengecop dan menulis nombor perolehan.

Wednesday, 26 October 2016

Pemantauan Anugerah Kualiti BOSS

       Unit SPBT sekolah telah berjaya meraih tempat Naib Johan bagi kategori Pengurusan BOSS bagi kali ke 2 sempena Hari Anugerah Kualiti PPDPU 2016. Buku stok telah dikamaskini mengikut tarikh dan ditandatangan oleh PK Hem dan Guru Besar. Pelupusan pada tahun ini diuruskan dengan menjual kepada Syarikat Rawa setelah mendapat kelulusan dari pihak PPDPU/JPN. Duit jualan diserahkan pada pembantu tadbir pada 8 Disember 2016. Surat penentusahan akan dihantar ke PPD.

*Mengurus Bilik Operasi SPBT Sekolah. 


*Mengurus dan mengemaskini fail, folder dan buku stok SPBT dari masa ke semasa dengan kerjasama jawatankuasa SPBT sekolah. 

*Mengurus pelupusan buku teks mengikut masa yang ditetapkan oleh PPD/JPN. 

*Merancang dan melaksanakan aktiviti baikpulih buku teks SPBT.




Pemantauan BOSS telah dijalankan oleh tiga orang Jurulatih Utama PPDPU pada 26 Oktober 2016.

Pemantauan ke atas folder SPBT sedang dijalankan.

JU sedang menyemak fail dan folder SPBT.

Wednesday, 3 August 2016

Pengurusan Kelab SPBT

       Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT Sekolah. Membimbing pelaksanaan aktiviti kelab SPBT sekolah.Aktiviti kelab berjalan lancar mengikut perancangan dan ahli kelab telah mendapat kemahiran membaikpulih buku rosak.

Lukisan mural - Moto SPBT

Rak buku yang telah dihias. 


Ruang dalam BOSS yang telah dikemaskini. 

Wednesday, 22 June 2016

Klinik SPBT (I Love My Books) PART II

       Klinik buku telah berjaya dilaksanakan pada waktu rehat setiap hari Rabu. Kebanyakan murid yang datang untuk membaikpulih buku adalah dalam kalangan murid Tahap 1. Pada tahun 2016 didapati murid kurang menghantar buku untuk dibaikpulih. Ini menunjukkan sikap murid yang mula menjaga buku teks mereka.

       Beberapa papan tanda nama tanaman telah diletakkan untuk menambah pengetahuan murid mengenai tanaman tersebut. Melaksanakan aktiviti yang dapat membentuk rasa sayang pada buku teks SPBT dengan membaikpulih buku teks.

Objektif Program / Aktiviti :

1) Mengurangkan jumlah buku yang rosak dan menjadikan buku tahan lebih lama. 

2) Memberi peluang kepada pengawas SPBT untuk memberi khidmat membaikpulih buku.


Pengawas-pengawas SPBT sedang membaikpulih buku sambil dibantu oleh Cik Mahfudzoh, guru SPBT. 

Murid-murid sedang menunggu buku mereka.

Wednesday, 8 June 2016

Aktiviti Kelab: Membaikpulih buku (I Love My Books) PART II

       Ahli-ahli kelab mempelajari cara membaikpulih buku dari guru penasihat. Ahli-ahli kelab juga turut menjalankan aktiviti membaikpulih buku semasa waktu rehat melalui Klinik Buku yang diadakan pada hari Rabu. Kebanyakan murid yang datang untuk membaikpulih buku adalah dalam kalangan murid Tahap 1.

Objektif Program / Aktiviti :

1) Mengurangkan jumlah buku yang rosak dan menjadikan buku tahan lebih lama. 

2) Memberi peluang kepada pengawas SPBT untuk mahir membaikpulih buku.

Ustaz Zawawi juga turut membantu dalam aktiviti yang dijalankan.

Ahli kelab sedang membaikpulih buku rosak di bilik operasi SPBT.

Ahli kelab dibimbing oleh guru penasihat, CIk Mahfudzoh.