Motto

Tuesday, 12 January 2016

Taklimat Penjagaan Buku Teks dan Bacaan Ikrar Pinjaman

       Taklimat mengenai peraturan penjagaan buku SPBT telah dijalankan semasa perhimpunan harian. Murid-murid turut membaca ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas SPBT. Guru SPBT telah menerangkan beberapa peraturan berkaitan penjagaan buku teks. Murid-murid telah membaca ikrar mematuhi peraturan pinjaman buku SPBT. 

Objektif Program / Aktiviti :

1) Memastikan semua murid memahami tatacara penjagaan buku SPBT dan mematuhi peraturan-peraturan yang melibatkan buku SPBT.

2) Menimbulkan kesedaran dan rasa tanggungjawab murid terhadap kepentingan menjaga buku teks yang dibekalkan kepada mereka

Penyelaras SPBT, Puan Aidah sedang memberi taklimat ringkas penjagaan buku SPBT.

Murid-murid sedang mendengar taklimat penjagaan SPBT yang disampaikan.

Ketua pengawas SPBT, Ahmad Irfan bin Iskarnor dari 6 Wawasan mengetuai bacaan lafaz ikrar penjagaan buku teks.


Murid-murid sedang membaca ikrar penjagaan buku Skim Pinjaman Buku Teks.