Menyelaras pengumpulan dan pengagihan buku teks SPBT melalui guru kelas. Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (SPBTG). Mengurus penggantian buku yang dirosakkan/ dihilangkan oleh murid. Pengumpulan dan pengagihan buku teks telah dijalankan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan mengikut surat edaran kepada ibubapa/penjaga. Murid-murid perlu memulangkan buku untuk mendapatkan buku teks sesi 2017.Murid-murid telah menggantikan buku yang hilang dengan judul yang sama. Pengagihan buku teks kepada murid-murid yang belum memulangkan buku akan dijalankan pada hari pertama persekolahan.
Murid-murid sedang mengambil set buku teks dengan dibantu oleh pengawas SPBT.
Ahli Kelab SPBT membantu guru mengedarkan buku teks SPBT.