Motto

Wednesday, 27 January 2016

Aktiviti Kelab: Membaikpulih buku (I Love My Books) PART I

Objektif Program / Aktiviti :


1) Mengurangkan jumlah buku yang rosak dan menjadikan buku tahan lebih lama. 

2) Memberi peluang kepada pengawas SPBT untuk mahir membaikpulih buku.

Pengawas-pengawas SPBT sedang membaikpulih buku rosak.

Guru-guru SPBT juga turut membantu dalam aktiviti mambaikpulih buku.

Pengawas bersama guru SPBT sedang membaikpulih buku-buku rosak.

Wednesday, 20 January 2016

Pemantauan buku teks (Spot Check) PART I

       Pemantauan telah dijalankan oleh guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas SPBT. Selain itu, pemantauan dijalankan untuk menjaga fizikal buku dan memastikan murid mematuhi peraturan SPBT. Dapatan mendapati masih ada lagi murid yang tidak membalut buku teks dengan pembalut plastik. Murid-murid telah diberi amaran secara lisan.

Objektif Program / Aktiviti :


Memastikan semua murid telah membalut buku teks dan menulis nama di ruangan yang telah disediakan. 



Muri-murid menunggu giliran untuk dipantau buku teks mereka. 

Pengawas-pengawas SPBT sedang membantu guru melakukan pemantauan buku teks.

Tuesday, 19 January 2016

CARTA ORGANISASI KELAB SPBT


Pelantikan Pengawas SPBT

Objektif Program / Aktiviti :



1) Melantik 7 orang murid sebagai pengawas SPBT.

2) Memaklumkan kepada murid bahawa pengawas SPBT turut memainkan peranan dalam membantu guru.

Barisan pengawas SPBT bergambar selepas menerima watikah pelantikan. Turut serta guru-guru SPBT,Cik Mahfudzoh Syazwani binti Zainal Abidin dan Puan Aidah binti Ja’afar.

Barisan pengawas sedang membaca ikrar pengawas. Pengawas –pengawas SPBT berada di barisan belakang.

Tuesday, 12 January 2016

Taklimat Penjagaan Buku Teks dan Bacaan Ikrar Pinjaman

       Taklimat mengenai peraturan penjagaan buku SPBT telah dijalankan semasa perhimpunan harian. Murid-murid turut membaca ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas SPBT. Guru SPBT telah menerangkan beberapa peraturan berkaitan penjagaan buku teks. Murid-murid telah membaca ikrar mematuhi peraturan pinjaman buku SPBT. 

Objektif Program / Aktiviti :

1) Memastikan semua murid memahami tatacara penjagaan buku SPBT dan mematuhi peraturan-peraturan yang melibatkan buku SPBT.

2) Menimbulkan kesedaran dan rasa tanggungjawab murid terhadap kepentingan menjaga buku teks yang dibekalkan kepada mereka

Penyelaras SPBT, Puan Aidah sedang memberi taklimat ringkas penjagaan buku SPBT.

Murid-murid sedang mendengar taklimat penjagaan SPBT yang disampaikan.

Ketua pengawas SPBT, Ahmad Irfan bin Iskarnor dari 6 Wawasan mengetuai bacaan lafaz ikrar penjagaan buku teks.


Murid-murid sedang membaca ikrar penjagaan buku Skim Pinjaman Buku Teks.