Motto

Saturday 10 December 2016

Pelupusan Buku SPBT

       Pelupusan pada tahun ini diuruskan dengan menjual kepada Syarikat Rawa setelah mendapat kelulusan dari pihak PPDPU/JPN. Duit jualan diserahkan pada pembantu tadbir pada 8 Disember 2016. Surat penentusahan akan dihantar ke PPD.


Objektif Program / Aktiviti :

1) Memastikan semua buku pelupusan sesi 2014 telah dilupuskan mengikut Arkib Negara.

2) Memohon pemusnahan rekod awam bagi buku teks sesi 2015.

Buku-buku Pendidikan Islam telah dilupuskan mengikut prosedur Arkib.


Buku-buku pelupusan diambil oleh Perniagaan Rawa. 

Buku-buku pelupusan yang sedang dikumpulkan.

Wednesday 16 November 2016

Jamuan Akhir Tahun Pengawas


Pengawas- pengawas SPBT sedang menjamu selera.

Tuesday 15 November 2016

Pengagihan dan pengumpulan buku teks SPBT PART I

       Menyelaras pengumpulan dan pengagihan buku teks SPBT melalui guru kelas. Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (SPBTG). Mengurus penggantian buku yang dirosakkan/ dihilangkan oleh murid. Pengumpulan dan pengagihan buku teks telah dijalankan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan mengikut surat edaran kepada ibubapa/penjaga. Murid-murid perlu memulangkan buku untuk mendapatkan buku teks sesi 2017. Murid-murid telah menggantikan buku yang hilang dengan judul yang sama. Pengagihan buku teks kepada murid-murid yang belum memulangkan buku akan dijalankan pada hari pertama persekolahan.



Guru kelas membantu murid mengisi borang SPBTG sementara.

Murid-murid mengasingkan buku mengikut judul.

Pengawas SPBT membantu guru mengagihkan buku teks kepada murid.

Pengagihan dan pengumpulan buku teks SPBT PART II



       Menyelaras pengumpulan dan pengagihan buku teks SPBT melalui guru kelas. Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (SPBTG). Mengurus penggantian buku yang dirosakkan/ dihilangkan oleh murid. Pengumpulan dan pengagihan buku teks telah dijalankan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan mengikut surat edaran kepada ibubapa/penjaga. Murid-murid perlu memulangkan buku untuk mendapatkan buku teks sesi 2017.Murid-murid telah menggantikan buku yang hilang dengan judul yang sama. Pengagihan buku teks kepada murid-murid yang belum memulangkan buku akan dijalankan pada hari pertama persekolahan.


Guru kelas sedang mengumpul buku SPBT. 

Murid-murid sedang mengambil set buku teks dengan dibantu oleh pengawas SPBT.

Ahli Kelab SPBT membantu guru mengedarkan buku teks SPBT.

Wednesday 9 November 2016

Memproses buku baru buku cetakan semula dan buku terbitan baru

       Memproses buku cetakan semula (BCS) dan buku terbitan baru mengikut prosedur yang ditetapkan BBT oleh Jawatankuasa SPBT dengan bantuan pengawas SPBT. Buku cetakan semula telah dapat diproses kerana telah diterima lebih awal. Buku terbitan baru bagi Tahun 1 akan diproses semasa cuti sekolah kerana buku-buku tersebut diterima semasa cuti sekolah.Buku teks Tahun 1 akan diedarkan pada hari pendaftaran Tahun 1/2017.


Dua orang pengawas SPBt sedang memproses buku cetakan semula di Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS). 

Pengawas SPBT mengecop dan menulis nombor perolehan.