Motto

Monday, 2 November 2015

HARI PENGUMPULAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT TAHUN 2015

               Pada 2 November 2015 telah diadakan pengumpulan dan pengagihan buku teks SPBT. Pengumpulan buku teks telah dijalankan oleh guru-guru yang berada di kelas dari jam 8.10 pagi sehingga waktu rehat. Pengagihan buku teks pula diadakan selepas rehat oleh guru-guru yang berada di kelas pada waktu tersebut. Seramai enam orang pengawas SPBT telah membantu guru-guru semasa proses pemulangan dan pengagihan. 
               Hampir 90% murid telah berjaya memulang dan menerima buku teks SPBT. Hanya murid-murid yang membalut buku dengan pembalut plastik dan membawa set yang lengkap sahaja yang akan menerima buku teks SPBT bagi sesi 2016. Proses pemulangan dan pengagihan masih diteruskan sehingga sesi persekolahan 2015 berakhir Murid-murid Tahun 5 akan menerima buku teks Tahun 6 pada hari pertama sesi persekolahan 2016.

Gambar-gambar sepanjang proses pemulangan dan pengagihan buku teks SPBT.











Friday, 30 October 2015

HARI ANUGERAH KUALITI PPD PETALING UTAMA 2015

              Alhamdullilah,  syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan keizinanNya , SK Kelana Jaya (2) telah mendapat Naib Johan bagi kategori Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) sempena Hari Anugerah Kualiti Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama yang telah diadakan pada 29 Oktober 2015. 
           Puan Sabariah binti Sapari selaku Guru Besar telah menerima Sijil Pencapaian dan sebuah plak di Sunflower Hall, Global Business Convention Centre, Petaling  Jaya, Selangor.

 Guru Besar bersama plak yang telah dimenangi.

Sijil Pencapaian dan sebuah plak 



Penyelaras SPBT, Puan Aidah binti Ja'afar dan Setiausaha SPBT Cik Mahfudzoh Syazwani bt Zainal Abidin telah menerima sijil dan plak dari Puan Sabariah binti Sapari, Guru Besar semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Thursday, 29 October 2015

PENGUMPULAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT TAHUN 2015

Surat pemberitahuan mengenai pengumpulan dan pengagihan buku teks SPBT bagi sesi persekolahan 2015 telah diedarkan kepada semua murid warganegara pada 29 Oktober 2015. Diharap semua ibubapa/penjaga maklum perkara berikut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.Buku-buku teks yang hilang atau rosak boleh dibeli di premis-premis berikut:


(Petaling Jaya)                                           (Shah Alam)

Ilmiah SBL.Sdn .Bhd                                  Marwilis Sbd.Bhd           
15, Jalan SS2 /55,                                     Kompleks PKNS,
47300 Petaling Jaya                                   Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan                                 Selangor Darul Ehsan

Contoh surat boleh dimuat turun pada link berikut:Surat pemulangan buku teks 2015 

Tuesday, 4 August 2015

BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS)

Konsep BOSS Cemerlang yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan dan penyimpanan buku teks SPBT serta peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Sehubungan dengan ini, kewujudan BOSS bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik untuk digunakan sebagai tempat menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti yang berikut:

- Rak buku
- Meja dan kerusi
- Kipas
- Alat pemadam api
- Kawalan makhluk perosak
- Kabinet / almari
- Papan kenyataan
- Kaunter
- Kotak bantuan kecemasan

PINTU MASUK BOSS



RUANG DALAM BOSS













RAK BUKU






ALMARI FAIL / RAK FAIL



AKTIVITI UNIT DAN KELAB SPBT.

Taklimat Penjagaan Buku SPBT.

 Puan Aidah selaku Penyelaras SPBT sedang memberi taklimat ringkas penjagaan buku SPBT.




Sesi soal jawab bersama murid-murid semasa perhimpunan harian.

Klinik SPBT. 

Pengawas SPBT sedang membantu membaikpulih buku SPBT yang telah rosak.


 Cik Mahfudzoh  membaikpulih buku SPBT bersama-sama pengawas SPBT.

 Salah seorang  pengawas SPBT, Shakilar sedang membaikpiluh buku .

Buku SPBT yang telah siap dibaikpulih.

Laman SPBT. 

Menamakan tumbuhan – tumbuhan yang terdapat di laman SPBT.

Menanam semula pokok yang telah rosak.

Pengawas SPBT sedang membersihkan Laman SPBT.

Laman SPBT yang telah siap ditanam dan dibersihkan.

Menceriakan BOSS.

 Rak-rak buku sebelum diceriakan.

Setelah diceriakan…..

MURAL / KATA-KATA HIKMAH







KREATIVITI








TAMAN / LAMAN / ANJUNG SPBT