Motto

Tuesday, 27 January 2015

APLIKASI PENGURUSAN

eMateks.


eMateks adalah singkatan daripada elektronik mantau buku teks yang merupakan program pemantauan penerimaan dan pembayaran buku teks secara online. Program ini bertujuan untuk mendapatkan status terkini penerimaan buku teks oleh sekolah dan tuntutan pembayaran oleh penerbit di JPN dan BBT. Program eMateks dan Panduan Pengguna eMateks dapat dilayari melalui web rasmi Bahagian Buku Teks.

Sila  klik  gambarajah di atas untuk ke laman web rasmi eMateks.
eSPBT.

Sila klik  gambarajah di atas untuk ke laman web rasmi eSPBT.

Saturday, 24 January 2015

PELAN STRATEGIK DAN TAKWIM SEKOLAH

PELAN STRATEGIK.

Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Pelan strategik sekolah



PERANCANGAN TAHUNAN DAN CARTA GANTT.

Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Perancangan tahunan unit spbt 2015.



LAMPIRAN OPPM.

"Click" pada gambar untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas.

Wednesday, 21 January 2015

PENGURUSAN FAIL DAN BUKU STOK SPBT

PENGURUSAN FAIL SPBT.

Fail yang kemas dan teratur perlu diwujudkan bagi merekod dan menyimpan segala maklumat SPBT dengan tepat dan terkini. Sistem fail yang kemas dan teratur memudahkan pihak-pihak yang terlibat dengan SPBT membuat rujukan dan semakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Pihak sekolah boleh wujudkan fail-fail tambahan mengikut keperluan sekolah. Semua fail hendaklah dilabel dan dinomborkan. Pihak sekolah hendaklah mengikut sistem fail yang ditetapkan oleh pihak JPN / PPD / Sekolah. 

Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Rujukan fail 


PENGURUSAN BUKU STOK SPBT.

Buku stok SPBT merupakan rekod rasmi tentang bilangan pakej buku teks SPBT di sekolah. Sekolah hendaklah menyediakan buku stok SPBT mengikut format yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Contoh folder buku stok.

Tuesday, 20 January 2015

PELUPUSAN SPBT

CARTA ORGANISASI PELUPUSAN SPBT.

PELUPUSAN BUKU TEKS SPBT.

Pelupusan adalah satu proses sesuatu aset / barang awam yang secara fizikalnya masih ada di dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau tidak diperlukan lagi dan perlu dikeluarkan daripada simpanan dan rekod. 

Pelupusan buku teks SPBT ialah satu proses untuk mengeluarkan buku teks SPBT yang tidak boleh digunakan lagi daripada stok SPBT sekolah. Sehubungan dengan itu, objektif pelupusan buku teks SPBT adalah untuk mendapatkan hasil pulangan yang terbaik (hasil kerajaan), menjimatkan ruang penyimpanan (BOSS), merekod kedudukan sebenar dan mengemas kini stok buku teks SPBT.

Buku teks SPBT boleh dilupuskan jike memenuhi salah satu syarat yang berikut:

- Buku teks usang / rosak yang disebabkan oleh penggunaan biasa atau bencana alam.
- Buku teks yang tidak lagi digunakan kerana perubahan kurikulum atau sukatan pelajaran.
- Jika buku teks musnah akibat bencana alam hendaklah dibuat hapus kira bukan pelupusan.

Buku teks SPBT yang hendak dilupuskan mestilah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Arkid Negara Malaysia.

Bagi tujuan pelupusan yang lebih terperinci pihak sekolah hendaklah merujuk kepada Jadual Pelupusan Rekod Buku Teks yang telah dibekalkan oleh BBT pada tahun 2013.

CARTA ALIR PELUPUSAN BUKU TEKS

Thursday, 15 January 2015

PENGURUSAN SPBT SEKOLAH

PENENTUAN KELAYAKAN MURID.

Penentuan kelayakan berdasarkan taraf kewarganegaraan murid. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima bantuan buku teks SPBT. Manakala murid yang bukan warganegara Malaysia tidak layak menerima bantuan SPBT.

CARTA ALIR PENENTUAN KELAYAKAN MURID

PESANAN BUKU TEKS.

Permohonan keperluan buku teks SPBT dilakukan setiap tahun. Pesanan buku teks tahun berikutnya dibuat dalam tahun semasa. Penyelaras SPBT atau/dengan PK HEM mesti menghadiri Taklimat Pesanan Buku Teks SPBT oleh JPN/JAIN.

CARTA ALIR PESANAN BUKU TEKS

PENERIMAAN BEKALAN PAKEJ BUKU TEKS.

Semua penerimaan bekalan pakej buku teks SPBT hendaklah merujuk kepada Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460). Selepas menerima Penyata BTBT460, Guru SPBT hendaklah merekod jumlah pesanan buku yang akan diterima ke dalam eMateks melalui alamat berikut: http://www.moe.gov.my/bbt.

CARTA ALIR PENERIMAAN BEKALAN PAKEJ BUKU TEKS

PENGAGIHAN BUKU TEKS KEPADA MURID.

Pengagihan buku teks SPBT kepada murid mesti diselesaikan pada hari pertama sesi persekolahan. Sehubungan dengan itu, persediaan bagi mengagihkan buku teks SPBT ini mestilah disiapkan lebih awal oleh pihak sekolah.

CARTA ALIR PENGAGIHAN BUKU TEKS KEPADA MURID

PEMULANGAN BUKU TEKS.

Proses pemulangan buku teks SPBT oleh murid pada akhir tahun juga melibatkan beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah.

CARTA ALIR PPEMULANGAN BUKU TEKS