Motto

Wednesday, 13 April 2016

Aktiviti Kelab: Membuat penanda buku

     Ahli-ahli kelab telah memberi kerjasama dan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Penanda-penanda buku tersebut akan dijual kepada murid-murid lain untuk mengisi tabung unit SPBT.


     Ahli kelab juga membuat origami penanda buku untuk dijual kepada murid lain. Lebih kurang 20 keping penanda buku telah berjaya dihasilkan. 


Ahli kelab sedang membuat penanda buku sambil dibantu oleh guru penasihat.

 Beberapa keping penanda buku yang telah disiapkan. 

Tuesday, 5 April 2016

Pemantauan buku teks (Spot Check) PART II

       Pemantauan telah dijalankan oleh guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas SPBT. Selain itu, pemantauan dijalankan untuk menjaga fizikal buku dan memastikan murid mematuhi peraturan SPBT. Dapatan mendapati masih ada lagi murid yang tidak membalut buku teks dengan pembalut plastik. Murid-murid telah diberi amaran secara lisan.

Objektif Program / Aktiviti :


Memastikan semua murid telah membalut buku teks dan menulis nama di ruangan yang telah disediakan. 


Muri-murid menunggu giliran untuk dipantau buku teks mereka. 

Pengawas-pengawas SPBT sedang membantu guru melakukan pemantauan buku teks.

Wednesday, 16 March 2016

Aktiviti Kelab: Membersihkan dan menceriakan laman SPBT

      Aktiviti-aktiviti yang dilakuka ialah ahli-ahli kelab membersihkan laman SPBT sebelum Karnival Kerjaya berlangsung. Selain itu, ahli kelab berusaha untuk memasang pagar di sekeliling laman SPBT. Ahli-ahli kelab juga membersihkan taman dan membaikpulih tanda nama pokok. Seterusnya, ahli-ahli kelab membersihkan laman SPBT sebelum Karnival Kerjaya berlangsung.


       Pagar-pagar di sekeliling laman SPBT agar sukar untuk dipasang kerana tanah terlalu keras. Ahli-ahli kelab berjaya memasang pagar dengan bantuan pekerja sekolah.


Ahli kelab memasang pagar hiasan di laman SPBT.

 Pagar hiasan yang telah dipasang.  


Laman turut diceriakan dengan yang ditanam di Laman SPBT.




 Ahli-ahli kelab turut melengkapkan papan info mengenai tanaman pagar hiasan berbunga. 


Papan info tanaman di laman SPBT.

Wednesday, 17 February 2016

Aktiviti Kelab: Membuat tanda nama pada pokok di Laman SPBT

      Beberapa papan tanda nama tanaman telah diletakkan untuk menambah pengetahuan murid mengenai tanaman tersebut. Laman SPBT turut dihias dengan pagar berbunga untuk menceriakan laman tersebut. Papan info mengenai tanaman yang ditanam turut disediakan Menambah pengetahuan murid secara tidak formal. Ahli kelab telah membuat tanda nama bagi setiap pokok yang ada di laman SPBT. Ahli kelab dapat menambah pengetahuan murid secara tidak formal. Beberapa papan tanda nama tanaman telah diletakkan untuk menambah pengetahuan murid-murid mengenai tanaman tersebut. Info mengenai tanaman di Laman SPBT turut disediakan pada papan kenyataan berhampiran. 



Ahli-ahli kelab sedang meletakkan tanda nama pada tanaman.




Ahli-ahli kelab bersama tanaman yang telah diletakkan tanda nama.

Wednesday, 3 February 2016

Klinik SPBT (I Love My Books) PART I

       Klinik buku telah berjaya dilaksanakan pada waktu rehat setiap hari Rabu. Kebanyakan murid yang datang untuk membaikpulih buku adalah dalam kalangan murid Tahap 1. Pada tahun 2016 didapati murid kurang menghantar buku untuk dibaikpulih. Ini menunjukkan sikap murid yang mula menjaga nuku teks mereka.


       Beberapa papan tanda nama tanaman telah diletakkan untuk menambah pengetahuan murid mengenai tanaman tersebut.Melaksanakan aktiviti yang dapat membentuk rasa sayang pada buku teks SPBT dengan membaikpulih buku teks.

Objektif Program / Aktiviti :


1) Mengurangkan jumlah buku yang rosak dan menjadikan buku tahan lebih lama. 

2) Memberi peluang kepada pengawas SPBT untuk memberi khidmat membaikpulih buku.


Pengawas-pengawas SPBT sedang membaikpulih buku sambil dibantu oleh Cik Mahfudzoh, guru SPBT. 

Murid-murid sedang menunggu buku mereka.