Motto

Wednesday, 13 April 2016

Aktiviti Kelab: Membuat penanda buku

     Ahli-ahli kelab telah memberi kerjasama dan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Penanda-penanda buku tersebut akan dijual kepada murid-murid lain untuk mengisi tabung unit SPBT.


     Ahli kelab juga membuat origami penanda buku untuk dijual kepada murid lain. Lebih kurang 20 keping penanda buku telah berjaya dihasilkan. 


Ahli kelab sedang membuat penanda buku sambil dibantu oleh guru penasihat.

 Beberapa keping penanda buku yang telah disiapkan. 

Tuesday, 5 April 2016

Pemantauan buku teks (Spot Check) PART II

       Pemantauan telah dijalankan oleh guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas SPBT. Selain itu, pemantauan dijalankan untuk menjaga fizikal buku dan memastikan murid mematuhi peraturan SPBT. Dapatan mendapati masih ada lagi murid yang tidak membalut buku teks dengan pembalut plastik. Murid-murid telah diberi amaran secara lisan.

Objektif Program / Aktiviti :


Memastikan semua murid telah membalut buku teks dan menulis nama di ruangan yang telah disediakan. 


Muri-murid menunggu giliran untuk dipantau buku teks mereka. 

Pengawas-pengawas SPBT sedang membantu guru melakukan pemantauan buku teks.