Motto

Monday, 16 February 2015

KELAB SPBT

Kelab SPBT sekolah bertujuan untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah. Kewujudan kelab ini diharapkan dapat memupuk rasa sayang akan buku teks dalam kalangan murid dan seterusnya memartabatkan kedudukannya sebagai sumber ilmu yang penting. Penubuhan Kelab SPBT adalah di bawah bidang kuasa unit kokurikulum.

CARTA ORGANISASI KELAB SPBT.

SENARAI NAMA AHLI KELAB SPBT.

1. MOHAMMAD ERON LEE ROBLES                  (PENGERUSI)

2. MUHAMMAD DANIAL BIN JEFFREY           (NAIB PENGERUSI)

3. YATI OO @ SHAKILAR                                (SETIAUSAHA)

4. MUHAMMAD NAIM HAZWAN BIN ALIAS        (BENDAHARI)

5. SHAIK ABDUL SALAM BIN SHARIFF GHANI       (AJK)

6. ILYA NADIRA BINTI ABDUL LATEH                   (AJK)


PERANCANGAN TAHUNAN KELAB SPBT.


CARTA GANTT RANCANGAN TAHUNAN 2015.

Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Carta gantt kelab spbt


MOTO BOSS.

" SAYANGI BUKU HIDUP BERILMU".

OBJEKTIF KELAB SPBT:

1.Mengembangkan potensi murid dengan kemahiran pengurusan SPBT secara menyeluruh.

2.Menyuntik semangat kerjasama, dedikasi dan kepimpinan dalam kalangan murid supaya dapat menjalankan tugas pengawas dengan baik.

3.Memupuk rasa sayang akan buku teks.

4.Memperkemas,menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain di sekolah.

5.Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.

6.Melibatkan ahli dengan aktiviti berfaedah semasa masa lapang mereka di sekolah.

AKTIVITI-AKTIVITI AHLI KELAB.

1. Penglibatan dalam perlaksanaan program-program SPBT seperti Klinik SPBT .

2. Pengindahan Laman SPBT.

3. Mengemaskini Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS).

4. Membaik pulih dan membalut buku.

5. Memproses buku SPBT yang baru diterima.

6. Membantu guru-guru dalam proses pemulangan dan pengagihan buku.