Motto

Tuesday, 4 August 2015

BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS)

Konsep BOSS Cemerlang yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan dan penyimpanan buku teks SPBT serta peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Sehubungan dengan ini, kewujudan BOSS bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik untuk digunakan sebagai tempat menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti yang berikut:

- Rak buku
- Meja dan kerusi
- Kipas
- Alat pemadam api
- Kawalan makhluk perosak
- Kabinet / almari
- Papan kenyataan
- Kaunter
- Kotak bantuan kecemasan

PINTU MASUK BOSS



RUANG DALAM BOSS













RAK BUKU






ALMARI FAIL / RAK FAIL



AKTIVITI UNIT DAN KELAB SPBT.

Taklimat Penjagaan Buku SPBT.

 Puan Aidah selaku Penyelaras SPBT sedang memberi taklimat ringkas penjagaan buku SPBT.




Sesi soal jawab bersama murid-murid semasa perhimpunan harian.

Klinik SPBT. 

Pengawas SPBT sedang membantu membaikpulih buku SPBT yang telah rosak.


 Cik Mahfudzoh  membaikpulih buku SPBT bersama-sama pengawas SPBT.

 Salah seorang  pengawas SPBT, Shakilar sedang membaikpiluh buku .

Buku SPBT yang telah siap dibaikpulih.

Laman SPBT. 

Menamakan tumbuhan – tumbuhan yang terdapat di laman SPBT.

Menanam semula pokok yang telah rosak.

Pengawas SPBT sedang membersihkan Laman SPBT.

Laman SPBT yang telah siap ditanam dan dibersihkan.

Menceriakan BOSS.

 Rak-rak buku sebelum diceriakan.

Setelah diceriakan…..

MURAL / KATA-KATA HIKMAH







KREATIVITI








TAMAN / LAMAN / ANJUNG SPBT

Thursday, 19 March 2015

BORANG-BORANG YANG BOLEH DIMUAT TURUN

Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Borang permohonan pelupusan arkib 13 

Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Data spbt sr 2015


Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Borang spbtg



Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Borang penerimaan buku teks sesi persekolahan 2015 

Sunday, 8 March 2015

SENARAI BUKU DAN HARGA

SENARAI BUKU DAN HARGA UNTUK TAHUN 1 - 5 (2015).


Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Senarai harga buku Tahun 1 - 5 (2015)

Tuesday, 3 March 2015

PANDUAN KESELAMATAN BUKU TEKS

Carta Alir Tindakan Bencana

Monday, 16 February 2015

KELAB SPBT

Kelab SPBT sekolah bertujuan untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah. Kewujudan kelab ini diharapkan dapat memupuk rasa sayang akan buku teks dalam kalangan murid dan seterusnya memartabatkan kedudukannya sebagai sumber ilmu yang penting. Penubuhan Kelab SPBT adalah di bawah bidang kuasa unit kokurikulum.

CARTA ORGANISASI KELAB SPBT.

SENARAI NAMA AHLI KELAB SPBT.

1. MOHAMMAD ERON LEE ROBLES                  (PENGERUSI)

2. MUHAMMAD DANIAL BIN JEFFREY           (NAIB PENGERUSI)

3. YATI OO @ SHAKILAR                                (SETIAUSAHA)

4. MUHAMMAD NAIM HAZWAN BIN ALIAS        (BENDAHARI)

5. SHAIK ABDUL SALAM BIN SHARIFF GHANI       (AJK)

6. ILYA NADIRA BINTI ABDUL LATEH                   (AJK)


PERANCANGAN TAHUNAN KELAB SPBT.


CARTA GANTT RANCANGAN TAHUNAN 2015.

Bahan boleh dimuat turun pada link berikut:- Carta gantt kelab spbt


MOTO BOSS.

" SAYANGI BUKU HIDUP BERILMU".

OBJEKTIF KELAB SPBT:

1.Mengembangkan potensi murid dengan kemahiran pengurusan SPBT secara menyeluruh.

2.Menyuntik semangat kerjasama, dedikasi dan kepimpinan dalam kalangan murid supaya dapat menjalankan tugas pengawas dengan baik.

3.Memupuk rasa sayang akan buku teks.

4.Memperkemas,menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain di sekolah.

5.Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.

6.Melibatkan ahli dengan aktiviti berfaedah semasa masa lapang mereka di sekolah.

AKTIVITI-AKTIVITI AHLI KELAB.

1. Penglibatan dalam perlaksanaan program-program SPBT seperti Klinik SPBT .

2. Pengindahan Laman SPBT.

3. Mengemaskini Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS).

4. Membaik pulih dan membalut buku.

5. Memproses buku SPBT yang baru diterima.

6. Membantu guru-guru dalam proses pemulangan dan pengagihan buku.